Thursday, October 18, 2007

Angka-sawan

Wah, kagum betul negara malaysia dah ada seorang angkasawan hahaha, cam lawak jer. (walaupun NASA tidak mengiktirafnya sebagai angkasawan). Hee, kagum ke? Rasanya apa faedah yang diperolehi bila Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha pulang ke bumi nanti? Kalau setakat tujuan berlumba-lumba untuk jejak kaki ke angkasa, baik manfaatkan untuk kepentingan lain.

Memang Program Angkasawan Negara ni kira macam hadiah dari Russia sebab beli jet pejuang Sukhoi SU-30 dia orang. Tapi bagi aku program ini tidak lain hanya seperti program perlancongan executive ke angkasa.

Lepas ini tak payah la tanam dalam diri anak kita untuk jadi angkasawan. Negara Malaysia masih tidak mampu nak buat kajian macam US dan Russia sebab dia orang ada teknologi sendiri. Kita hanya tumpang sekaki, hantar seorang angkasawan confirm tak mendatangkan hasil faedah apa-apa. Rujuklah sendiri kalau boleh cari faedah yang membangunkan negara:


No comments: