Thursday, October 18, 2007

Opocot.. melatah pulak

Orang melayu ni special skit sebab cepat melatah. Pada pandangan aku, faktor penyebab melatah adalah sebab terlalu selesa termenung. Heee. punyala syok duk termenung, tetiba kena cuit sikit mulalah, opocot.

Begitulah keadaan orang melayu. Kena tegur skit, melatah. Tak abis dengan melatah, mulalah macam-macam sumpah seranah. Aku tak tahu ni jenis bangsa melayu sahaja atau bangsa asing pun macam tu jugak sebab aku hidup dalam lingkungan orang-orang melayu. Melayu ada pepatah mengatakan "buang yang keruh, ambil yang jernih". Heee, macam senang je bunyi buang yang keruh. Jernih macam mana nak ambik, kalo yang jernih dah bercampur gaul dengan yang keruh. Takdernya jernih-jernih lagi. Kalau hati tu dah gelap, mintak maaf kalau nak nasihat, tak menjadi. Mahu disembur balik ada la.

Termenunglah orang melayu sebab tak boleh dicuit. Hidung meninggi langit. Tak sedar bangsa lain duk angkut harta.

"Eh, mana ada orang melayu tak maju. Tengok, pemimpin-peminpin kita semua bagus-bagus".

Hahaha. Itulah ke"termenungan" orang-orang kita.

"Aku nanti gred nak kerja goverment, nanti terjamin masa depan".

"Engkau kan ambik business. Kerajaan bagi ramai graduan dalam business untuk majukan business orang kita"


"Tak nak lah aku. Tak berani. Lagipun ayah aku ada kawan dalam jabatan ***. Nanti dia adjust aku masuk".

Hahaha. Inilah melayu. Termenung! Memanjang. Lepas tu kene cuit.

"Baik engkau usaha sendiri cari kerja, buka perniagaan ke. Nanti kerja adjust-adjust ni buat engkau tak mahu berusaha bersungguh-sungguh. Buat business, bukak perniagaan lagi bagus. Sekarang makin kurang orang melayu mahu buat business. Kalau engkau buat business, makin bertambah orang melayu buat business, makin maju bangsa kita".

"Engkau cakap elok-elok sikit eh. Engkau nak buat business engkau punya pasal la. Jangan duk paksa-paksa orang. Dah aku ada peluang untuk dapat kerja secara senang, itu aku punya pasal lah. Atau engkau jealous. Maju bangsa ke apa aku peduli apa".

Hahahaha. itulah orang kita. Tak zahir kat mulut, hati orang kita macam tu la kebanyakannya. heee. Opocot.

No comments: