Tuesday, October 23, 2007

Birokrasi

"Kenapa perlu programmer ramai? Bukankah kerja kita hanya 4 bulan, lain bulan tak ada kerja? Dari tak ada kerja baik kita transfer masuk mana-mana department lain untuk bantu buat kerja". (Hahaha, menunjukkan ke"power"an diri sebab bos walaupun tak tahu pun apa kerja kat belakang @ menerima berita lain dari "orang-orang" yang suka mengampu.)

"Sebenarnya En. Z, beban kerja kami banyak. Actually selain Si A, lain hanya support programmer, bukan pure programmer. Jawatan sebenar mereka pun bukan programmer. Sebenarnya kami menerima data hampir setiap hari dan proses tiap-tiap hari. Malah kami ada kerja yang berkait dengan client kita. Memang kami ada kerja setiap hari." (Hrmmm, kesian bos aku kene explain kat orang yang kononnya "tahu serba-serbi.)

(En. Z terkejut!! Namun sebagai "bos" mana boleh mengalah.) " So, diorang bukan jawataan programmer. U mahu tambahan programmer ke?"

"???????"

"Saya bagi masa masa sebulan untuk diorang tunjuk skill programming, kalo tidak saya replace pure programmer"

Alangkah sia-sia apa aku buat. Nak tunjukkan skill apa sebulan? Tak cukup ke setahun lebih bekerja untuk department IT. Tak ada kelayakan ke kami? Inilah politik, penuh dengan keegoan. Birokrasi yang banyak memporak-peranda keadaan.