Friday, October 19, 2007

Fashion oh Fashion

Senyum sendiri bila aku tengok fashion-fashion budak sekarang. Teringat zaman muda-muda dulu (tua dah ke aku?). Masa sekolah tingkatan 1-3 famous dengan seluar besar, baju besar. Seluar tak beli, tempah kat kedai sebab tak da seluar beli yang mengikut fashion. Labuh seluar sampai boleh mengelap lantai. Sampai ada kena potong oleh guru disiplin. Masuk tingkatan 4 timbul imej grunge lah konon. Baju t-shirt lengan panjang kat dalam lepas tu baju t-shirt lengan pendek sebelah luar. Atau baju t-shirt belang2. Baju Lusuh, baju-baju bundle jadi pilihan. Seluar Levi's 501 sangat2 glamour. Siam pun siamlah janji 501. Lebihkan saiz 2-3 saiz sebenar biar besar skit lepas tu mencerut. hahaha.

Tapi sekarang, membuatkan aku geleng kepala. Imej Gothic jadi pilihan anak-anak orang kaya, budak-budak cina. Pakai eye-shadow macam jerangkung, lipstik biru, rambut pacak-pacak, baju-seluar hitam. Kalau zaman dulu tak ada siapa berani keluar dengan imej macam tu, tapi sekarang sudah menjadi kebiasaan.

Zaman aku dulu, rambut panjang kira otai la. Tapi sekarang fashion rambut panjang tak releven dah. Rambut color-color sekarang dah jadi biasa dah. Malah rambut Mohawk-trojan pun dah nampak biasa sekarang. Kalau zaman aku dulu hanya otai-otai punk yang jenis kepala "bengong" sahaja berani berimej macam tu. Satu hari, aku berjalan kat pasar malam. Tetiba aku nampak ada brother ni rambut trojan pimpin awek. Aku nampak gaya macam wife dia je. Wife dia pakai biasa jer, nampak cam alim je, tapi member?.. hahaha. Gilernyer manusia sekarang.

Lepastu, rambut dreadlock pulak. Dulu zaman aku otai-otai rasta, hardcore je yang berani tampilkan imej dreadlock ni. Siapa yang buat rambut dreadlock ni memang jenis mandi tak basah rambut sebab kalo basah memang susah nak kering. Dah nampak dah confirm tak sembahyang. yang sedihnya budah-budak melayu yang buat dreadlock ni. Adess. Parah-parah.


Habis bab rambut. Kita masuk bab piercing atau perkataan melayunya bertindik. Dulu zaman aku, siapa yang tindik telinga tu kira berani gila dah. Tapi sekarang, hahaha. Kalau telinga 4-5 lubang, hidung lebih kurang lembu, bibir, kening, lidah, pusat dan bermacam-macam bahagian yang tidak sepatutnya pun ada. hahaha. Giler.. giler. Aku tak tahu mak ayah tegur ke tidak.

Kita masuk bab jeans pulak. Semenjak 2 menjak ni, seluar jeans teramat famous. Zaman aku dulu tak banyak fashion jeans, sekarang ni bermacam-macam. Yang paling seronok dipandang ialah jenis Low-rise jeans. Hahaha. First time aku tengok orang yang suka sangat pakai seluar low-rise ni Fred Durst, terlondeh sampai nak tercabut. Yang paling best bab low-rise jeans ni pemakainya perempuan, macam Gwen Stefani. Ketat giler, kalo longgar pun kat bahagian boot, boot-cut. Seluar jeans lowered, t-shirt singkat, cecah-tak-cecah je pinggang dan kadang-kadang tu ada gap antara baju dengan seluar biar nampak pusat, dan yang paling best, pakai tudung, WAHAHAHA. Bodoh betul aku tengok. Bahagian belakang kalau pakai spender nampak spender, yang pakai thong nampak thong, yang tak pakai apa-apa kat dalam, hampir nampak "nun di sana". Zaman aku dulu bukan nak tunjuk spender, pakai seluar nipis berbekas getah spender pun dah segan nak bawak berjalan. Depan pulak, kalau jenis tak pandai jaga "hutan" atau jenis hutan tebal, "hutan" tersembur keluar. Hahaha. Gilernya manusia. Berani maut budak-budak sekarang. Adesss.. apa nak jadi budak-budak zaman sekarang. Risau aku nak besarkan anak perempuan aku dalam dunia macam ni. Member aku cakap ni orang cakap proses urbanisasi, benda macam ni tak dapat dielakkan. Mintak-mintak Tuhan jauhkan benda ni semua dari keluarga aku, Aminn..

No comments: