Thursday, October 18, 2007

Aku menulis Blog

Si A : "Aku nak keluarkan idealogi aku sendiri."
Aku : "Hahaha. Engkau nak jadi karl max ke? Cermin la diri dulu. Hidup tonggang terbalik ada hati nak keluarkan idealogi konon."
Si A : " Engkau peduli apa. Aku tak boleh terima politik sekarang. Banyak menipu".
Aku : "Lantak engkaulah. Jangan sampai kena tahan ISA sudah. Aku tak masuk campur". (Sambil jeling kat member aku yang jadi Inspektor Polis. Hee).


Air kopi suam segelas 2 jam tak habis-habis minum lagi. Itulah telatah bila lepak dengan member-member aku di kedai kopi malam raya lepas. Dulu zaman "budak-budak" bila jumpa melepak bercerita pasal muzik, bola, WWE dan segala macam entertainment. Sekarang bila rasa umur dah tua bangka konon nak bercerita pasal politik. Aku senyum jer. Bukan nak mengutuk atau perli, tapi asal diri pernah sesat, bila jumpa sinar sikit dah rasa diri pandai. Cakap orang tak boleh diterima. Terpulang.

Aku menulis blog lagi.

Aku tergatal tangan nak menulis blog yang agak "berbeza" tema dengan blog aku sebelum. Entahlah, terasa diri nak mengemukan idea yang agak lama ter"beku" dalam otak ni. Lebih-lebih lagi terpeka dengan senario semasa yang banyak membantu "mencairkan" otak untuk lebih banyak memikirkan kesan-kesan dari tindak-balas keputusan-keputusan atau arahan-arahan atau perintah orang lain yang mencorakkan hidup aku. Harga minyak, nilai matawang, barangan pengguna, perumahan, isu agama dan bermacam-macam lagi yang memang tidak dapat lari dari kehidupan aku. Nak-tak-nak kena jugak tempias. Orang gila atau ringan sikit "bodoh" saja yang boleh cakap " aku peduli apa, janji aku masih boleh hidup". Wallahu Alam. Tapi hidup memang kena teruskan. Yang tak sedap, manipulasi orang lain, yang sedikit sahaja untuk kepentingan orang lain, dan selebihnya untuk kepentingan diri sendiri, anak beranak, warih-warah, sedara-mara, member-member yang banyak mencorak kehidupan. Akhirnya, hidup porak peranda. Aku risau dengan anak cucu aku nanti. Kalau "maintain" macam sekarang pun dah menakutkan ni kan pulak makin lama makin parah. Nauzubillah....

No comments: