Politik sekarang aku istilahkan "Gila Kuasa". Gila kuasa ni kalau mengikut sejarah islam (sorry Mr. Raja, aku suka refer belakang dari engkau yang lebih menjurus kepada keadaan sekarang) bermula selepas pemerintahan Khalifah Ali r.a dan pada masa tu orang-orang barat masih dalam "gelap gelita". Kalau ikut barat @ tamadun-tamadun lain sememangnya penuh dengan kegilaan kuasanya. Bermula Umaiyyah dan seterusnya naik turun tahta pemerintah penuh dengan "kebusukan" politik dan kalau ada yang elok pun hanya sedikit sahaja. Kalau tidak mana mungkin boleh berlaku Perang Jamal yang pada aku cukup memalukan umat islam serta amat menjatuhkan maruah Rasulullah s.a.w. Ops, jangan jeling aku sebagai syiah. Heee. Aku pure Sunnah Wal Jamaah.
So pada aku, tak releven bagi aku untuk menyatakan bahawa berpolitk atau istilah orang tua-tua "mengundi" itu adalah wajib berlandaskan alasan "kita wajib memilih pemimpin". Hahahaha, mintak maaf andai ketawa aku ni menyakitkan hati sesiapa sebab aku rasa teramat geli hati dengan alasan yang di beri. "Kulit cantik kalau isi berulat boleh campak dalam tong sampah jugak". UMNO berdiri di landasan lurus? Atau PAS yang benar? Hahahaha, sorry aku gelak lagi. Perkara tak perlu selindung sebab yang busuk berulat cover macam mana pun lama-lama tembus jugak.
Jadi, corak politik macam mana yang revelan? Aku pun tak tahu. Sosialis? Komunis? Liberal? Politik "islam"? Demokrasi berparlimen? Raja berpelembagaan? Atau raja = nothing? (Kalau zaman dulu aku dah kena tulah ni, kalo sekarang, kena tulah kat ISA. hahaha). Agak-agak ada lagi tak pemimpin yang malam-malam menyamar masuk kampung sorang-sorang tengok rakyat jelata, duit cukup makan sebab duit abis kat rakyat miskin. Atau lebih banyak pemimpin yang perlu disediakan penginapan mewah, makanan sedap-sedap, perarakan raksasa semata-mata masuk kampung bagi hamper yang tak sampai RM 200 sekeluarga. Hahahaha, lawak giler...
Thursday, October 18, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment