Friday, October 19, 2007

Kita Dijajah

Fakta:

"Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau Balambangan pada tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu yang berada di bawah kuasa Thai.

Di Borneo pula, (Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu sekarang Sabah) telah berada dibawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja British. Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke sebelum dari itu.

Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatir oleh British khususnya dalam menjaga kepentingannya dan masyarakat imigran. justeri British mewujudkan
Malayan Union, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa Singapura."

dipetik dari: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Malaysia#Zaman_penjajahan

Agak-agak kita dah selamat dari penjajahan ke? heee. Inggeris pernah duduk memerintah kita hampir 2 abad. Sebelum tu Belanda dan sebelum Belanda, Portugis. Otak orang kita dah kena "bleach" dengan dengan orang-orang eropah. Cuba renung baik-baik, berapa banyak peninggalan diorang pada bangsa kita. Idealogi politik, masyarakat majmuk, gaya hidup harian dan macam-macam lagi.

Kita bangga dengan zaman pemerintahan Kesultanan Tanah Melayu yang pada aku hari ini bagai tiada fungsi. Sultan, Raja malah Agung bagai tiada kuasa. Kadang-kadang aku terfikir, siapa yang lebih berkuasa memerintah negara. Perdana Menteri atau Agung? Kenapa tugas-tugas terhad diberi kepada Agung. Kenapa Agung hanya perlu mengiakan apa yang Perdana Menteri buat. Kalau negara tiada Raja, Presiden yang berkuasa. Kenapa kita lihat fungsi Agung dengan Presiden jauh beza. Jawapan adalah, heee... kita masih dijajah oleh idealogi Mat Salleh. Hahaha. Rasa melampau sangat dah aku ni.

Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. Patik rakyat hina tidak sekali-kali sanggup mentakwil Tuanku atau hilang rasa hormat kepada Tuanku. Cuma timbul rasa keraguan dalam diri patik dengan keadaan patik dan rakyat jelata. Memang secara zahir kita dapat lihat rakyat hidup aman makmur, tapi cuba kita singkap, selak, urai semula. sebenarnya rakyat hidup dalam "kesakitan". Sakit kerana penyakit bawaan oleh orang "Gila Kuasa" (rujuk artikel sebelum). Rakyat tidak bersatu kerana busuknya hati sesetengah orang. Busuk dengan kepentingan peribadi. Yang menjadi mangsa, orang kampung, mereka yang masih lena atau setidak-tidaknya mengatuk dengan kononnya keselesaan yang ada, dan juga warga pejuang-pejuang Tanah Tumpah Darah atas dasar menegakkan perjuangan yang lampau, yang dimanipulasi bagai dibasuh otak-otak mereka.

Bila aku termenung berfikir (alamak, termenung jugak aku ni), kita ni dijajah oleh bangsa sendiri ke?

No comments: