Friday, October 19, 2007

Kenapa busuknya Hati?

"Sifulan pecah amanah, sifulan menipu, sifulan rasuah, sifulan ada skandal, sifulan makan duit rakyat, Sifulan tak pandai memerintah, dan berapa banyak sifulan lagi..."

Nak gelak pun ada, menyampah pun ada, tapi itulah hakikat "orang-orang kita" berpolitik. Aku tak pernah dengar isu yang hangat digembar-gembur melain perkara di atas. Kenapa isu seperti plan pembangunan selepas memerintah, bagaimana meningkatkan kemajuan, plan peningkatan ekonomi, penyelesaian masalah negara dan perkara-perkara yang lebih penting yang lebih perlu di"hangat"kan. Rakyat bukan bodoh. Aku boleh cakap sebab ramai yang tak mahu mengundi, tak berminat masuk politik, tak ambik kisah lansung pasal politik dan orang-orang yang seangkatan dengan aku adalah teramat jemu, mual, nak muntah dengan perkara-perkara macam ni.

Sorry kalau aku terus terang, saluran tv1 terutama berita perdana part politik merupakan rancangan paling memualkan. Rakyat dah cerdik sekarang. That why rtm dah hampir nak mampus, takda iklan mahu masuk sebab rakyat dah menyampah, tak suka dengan benda-benda busuk. Kenapa "orang-orang kita" teramat suka melaga-lagakan sesama sendiri. Kenapa orang-orang kita suka jaga "periuk nasi sendiri" dari "bahagikan nasi untuk orang lain"? Kenapa orang kita suka "tunjuk jari" kapada orang lain dari menggosok dada sendiri? Kenapa "orang kita" suka cover cantik-cantik walaupun dalam busuk berulat? Kenapa "orang kita" busuknya hati walaupun pada asal kita berdiri di atas agama yang melarang perkara itu semua?

Sebab kita sering leka dan terlupa pada YANG SATU.

No comments: